Saturday 17 October 2015

ISBIR..

Assalamualaikum..sobahul khair..

hihi..hepinya rasa hari ni..awatnya?sebab cek berjaya mendelete semua pos-pos cek kat blog lama..sebelum ni, dah puas cek try log in balik ke akaun blog cek yg lama tu..tp frust giler..sebab yahoo tak dapat detect email yang cek guna..Tapi alhamdulillah lepas doa..doa..dan doa..dan mintak bantuan seorang sahabat yang cek kenaii di FB, cek dapat log in balik guna email yang sebelum ni takleh detect tu..Allahuakbar,what a miracle!
*jazakillah khair ukhti Qurratul Qalbi

okeh..hari ni cek nak share pasai kata-kata yang cek dapat daripada seorang hamba Allah ni..saudara Mohd.Rizal Hassan

suka dengan kata-kata beliau..very inspiring! meh baca meh

We are often tempted to say something when we are frustrated about something or someone.
PAUSE
BE PATIENT
CHOOSE YOUR WORDS
BE POSITIVE

so sahabat sekalian, meh kita pakat muhasabah diri..bila kita ada masalah, rasa geram..stress kat tempat kerja ka..bosan dengan perangai colleague yang tak habis-habis duk mengumpat pasal kita, be positive..jangan nak cepat melatah noh

Allah tak bagi ujian tu saja-saja kat kita..tapi tak lain dan tak bukan, Allah nak tengok sejauh mana tahap kesabaran kita..Saya pernah terbaca kisah tentang Saidina Ali..beliau sangat gelisah kalau dalam masa 7 hari tidak dapat ujian daripada Allah, beliau akan rasa amat gelisah.
kenapa? 
Rasa macam Allah dah tak pandang beliau, tak sayang beliau. 
Kita pulak?
Tak nak ujian yang berat-berat. kalau boleh tak nak ujian langsung. Allahu, kalau macam tu, tanya pada diri : "Layak ke aku ke Syurga kalau macam ni?"
*Nangis


*yang menulis ni, please take note okeh!

#LET'S MUHASABAH DIRI..PECUT MENUJU REDA ILAHI




HUSNUDZON

Hidup tidak selalunya indah 
Langit tak selalu cerah 
Suram malam tak berbintang
 Itulah lukisan alam
 Begitu aturan Tuhan
 Hasbiyallah hasbunallah 
hasbi rabbi jallallah..
Ya Allah... 
Orait, selesai "menyumbangkan" lagu pagi-pagi ni..koh koh koh... Ok, ekceli lagu ni ada kaitan dengan entri kali ni..cer korang hayati lirik nasyid ni *sambil pejam mata, nyanyi-nyanyi sket...puitiskan lirik dia..tepuk tangan sket kat penulis lirik ni..
orait.meh nak ulas sket tentang topik ni..erm..sebenarnya, dragon ball ada 7 bijik semuanya...eh3..xde kaitan..keh3..okeh..serius2..ekceli setiap perkara yang Allah ciptakan bersebab..takde satupun yang Allah jadikan sia-sia..nope!so,andai kita salah seorang insan yang diberi ujian olehNya...ingat!ada sesuatu yang Allah mahu daripada kita..mungkin Allah rindu nak dengar kita merintih mengadu padaNya...dah banyak sangat lagha kan..
so, sedikit ujian yang Allah beri sebagai tanda cinta Dia pada hambaNya..husnudzan!jangan sedih-sedih...La tahzan, innallaha ma'ana..pesanan untuk diri sendiri ni..hee~sebagai contohnya, Allah sangat mencintai kekasihNya...nabi Muhammad s.a.w...nah buktinya, Allah uji baginda dengan berbagai-bagai ujian...daripada baginda di dalam kandungan ibunya, ayahanda baginda Abdullah b.Abdul Mutallib wafat...kemudian semasa baginda berumur 4 tahun, bonda tersayang pula kembali ke rahmatullah..sehinggalah baginda menyebarkan dakwah islamiyah, ujian datang bertimpa-timpa ke atasnya..so, andai ujian yang ciput ini kita sudah futur (gugur) ingat!rasulullah juga diuji dengan ujian yang maha berat...namun baginda qawiy (kuat) jangan mudah su'uzan..redha dengan setiap ujian yang menimpa..perbaiki diri...dekatkan diri kepadaNya..ihfazillah yahfazka...jagalah hubungan dengan Allah, inshaAllah Allah akan menjagamu ..biidznillah;) peace ~Qawiyy duhai hati!
#LET'S MUHASABAH DIRI..PECUT MENUJU REDA ILAHI

GELISAH

Klek..klek..klek ..alamak...anak dah mintak susu plak..anak sape mintak susu bunyi pelik bebenor tu.koh koh koh..err..ekceli tu bunyi henset yang kehabisan bateri..sape-sape yang penah gune tepon 3310 mungkin familiar ngan bunyi tu...kan..
hee~ok, sambung yg tadi..alah...nape plakla time ni dia nak abih bateri..tunggu laa karang sket..dahla urgent nih!*membebel-bebel dalam hati Haa...penah tak korang alami menda camni?penah kot kan..macam dalam drama sinetron plak...koh koh koh..ekceli entri kali ni nak cite tentang gelisahnya kita bila henfon takdak bateri..masa tu rase cam nak g kedai beli enset baru..*hii..xdela sampai camtu..payah nak contact orang tu..takleh nak whatsapp kawan ni..err..takleh nak on9 fb!oh gosh...nak upload pic kat instagram pon takleh, padahal dah siap amik pic cun-cun dah ngan gaya duck face..sambil mata kenyit-kenyit sket.ouchh..gedik bebenor..mujur gak takde bateri, kalau tak, free-free je kena torture..wei..cun sangat ke wat muka camtu?sejibik macam itik nak menyudu makanan!astaghfirullahal'azim..yang mengata orang pon 2x5 jugak,.so kesimpulannya diam-diam sudah...takyah makan daging orang..yuck! 
Ok, berbalik pada tajuk entri ni, sometimes benda ni penah jadi kat saya..masa tu saya otw nak balik ke kuantan dari Klang..rase gelisah duk dalam bas sani sebab bateri dh tinggal sket..nyawa-nyawa ikan dh!sempat ke tak nak bagitahu kakak nk suh amik kat terminal kuantan..alhamdulillah mujur sempat bagitahu kakak dan sampai dengan selamatnya di rumah..yippi! Ni la kan salah satu kelemahan guna tepon pintar. Dulu pkai tepon biasa 3 hari tak charge elok je..huhu..tapi sekarang sejak guna tepon yang pintar habiskan bateri ni, sehari kalau tak charge 3-4 kali memang tak sah...uhuk3...terbatuk-batuk tiap kali tengok bil letrik..*tipu je..hee~ Kekadang rasa malu pada diri, nape bila bateri takde rase gelisah, sedangkan bila tak connect dengan Allah *baca Quran, takde plak rase macam tu...Allahu..alangkah bagosnya andai rasa gelisah ni kena pada tempatnya murni...gelisah bila tak sentuh, baca dan tadabbur quran, gelisah bila tak solat dhuha, gelisah bila solat lewat...Allah, forgive me:( 
Azam tahun ni nak jadi muslimah yg super hebat...bukan hebat di mata manusia, tapi hebat pada pandangan Dia..doakan saya tau! p/s: Hari ni gelisah lupa bawak charger kt tempat keje...krik krik krik
#LET'S MUHASABAH DIRI..PECUT MENUJU REDA ILAHI

BURGER DAGING MANUSIA!

Pensil : weyh! Ko tahu tak si pemadam tu kan, semalam aku tengok dia upload pic pakai tudung naelofar ko..

 Sharpener : yeke!mak aih, banyak plak duit dia. Pembaris cakap kat aku, hutang si pemadam tu ngan dia dah 
                  berbulan-bulan kot tak bayor..

.Pensil : Alah...entah- entah tudung naelofar tu pon hutang jugak kot? .. 

*cite sebenar, si pemadam baru je dapat duit kutu minggu lepas dan sume hutang-hutang si pembaris dia dah langsaikan..tudung nealofar plak dia beli cash tu..tak main dah hutang- hutang... watak-watak dalam cite ni takde kena mengena sama ada yang hidup atau yang meninggal dunia..koh koh koh... hah! Penah tak korang-korang buat menda ni? 
                                                           M.E.N.G.U.M.P.A.T!
Tapi istilah orang melayu tak nak mengaku mengumpat..diorang mesti cakap camni " kita bukan nak mengumpat, tapi dah memang cite betol..penah buat tak? baik ngaku cepat..*betol3..errkk..saya mengaku..ekceli takde istilah camtu..namun dalam islam, ade mengumpat yang diharuskan...nak tahu ape dia? Tadi saya mintak tolong ngan cik google..terjumpa la info ni dalam web islam.net kalau tak silap..jom..stdy mengumpat yang diharuskan...zasss

 P/S: ingatkan pada diri, setiap kali nak mengata kat orang...bayangkan kita makan burger daging manusia...erkkk...nauzubillahiminzalik.

 Berkata Imam Nawawi rahimahullah.:
 "Ketahuilah! Sesungguhnya mengumpat ada juga yang dibenarkan kerana tujuan yang benar lagi disyariatkan yang tidak boleh dihasilkan melainkan dengan mengumpat. Ia terdapat pada enam sebab.
 1- Pengaduan penganiayaan. Maka harus bagi orang yang dizalimi untuk mengadukan kezaliman yang dikenakan keatasnya kepada Sultan atau hakim atau sebagainya daripada orang-orang yang berkuasa untuk menyekat kezaliman tadi. Contohnya dia berkata: Si pulan ini telah menzalimiku dengan begini-begini. 
2 - Meminta pertolongan untuk menegur kemungkaran dan menarik si pelaku maksiat kepada kebenaran. Maka harus bagi seseorang menceritakan kepada orang yang diharapnya mampu untuk menghilangkan kemungkaran itu dengan katanya sebagai contoh : Si pulan itu telah buat sekian-sekian, maka kamu laranglah dia. Dan tujuannya menceritakan keburukan itu adalah untuk menghilangkan kemungkaran itu. Tetapi jika tujuannya bukan untuk itu (bahkan untuk memburuk-burukkannya) maka ia adalah haram.
 3 - Bertanya hukum atau cara penyelesaian. Maka harus baginya berkata bagi orang yang ditanyainya itu (sebagai contoh): Ayahku atau abangku atau suamiku atau si pulan telah menzalimiku dengan begini-begini. Adakah haknya berbuat demikian? Dan apakah caranya untuk aku selesaikan masalah ini, atau apakah caranya untuk aku dapatkan hak aku, atau apakah caranya untuk aku sekat kezaliman ini atau sebagainya? Semua ini adalah harus kerana hajat tadi. Tetapi yang lebih baik ialah dengan berkata: Apakah pendapatmu tentang seorang lelaki atau seseorang atau suami (tanpa menyebutkan nama dan menentukan sesiapa) yang berbuat begini-begini? Ini kerana tujuannya untuk bertanya tadi telahpun terhasil sekalipun tidak dinyatakan seseorang yang tertentu. Walau bagaimanapun menyatakan seseorang yang tertentu adalah harus hukumnya. 
4 - Mengingatkan muslim yang lain daripada kejahatan atau menasihatinya. Di sini banyak cabangnya. Antaranya ialah menyatakan kecacatan dan kecelaan yang terdapat pada perawi-perawi hadis atau para saksi. Maka perkara ini adalah harus dengan ijmak kaum muslimin bahkan kekadang menjadi wajib jika perlu. Antaranya juga ialah bila diminta pandangan untuk berbesan (mencari menantu dan pasangan hidup), bersyarikat, memberikan amanah barang-barang, bergaul, berjiran atau sebagainya. Dan wajib bagi orang yang diminta pandangan itu (memberitahu segalanya dan) tidak menyembunyikan hal keadaannya yang sebenar, bahkan dia perlu memberitahu keburukan-keburukan yang ada pada orang itu dengan niat nasihat. Dan ini banyak yang disalah gunakan. Ini kerana ada yang memberitahu kepada orang lain kerana kedengkiannya dan syaitan pula telah mencampur adukkan dan mengkhayalkan dia bahawa ia adalah nasihat. Maka hendaklah kita berhati-hati dengan perkara ini. Dan termasuk dalam bab ini juga ialah seseorang pemimpin yang tidak memimpin dengan baik, samada kerana dia tidak layak atau kerana dia adalah seorang yang fasiq atau seorang yang cuai atau sebagianya. Maka wajib diberitahukan kepada orang atasannya untuk memecatnya dan menggantikannya dengan orang yang lebih sesuai atau supaya orang atasan itu mengetahui keadaannya dan memberikan tindakan yang sewajarnya dan tidak tertipu dengan tindak tanduknya. Juga supaya dia (orang atasan) memberikan dorongan kepada pemimpin itu supaya lebih istiqamah atau akan ditukar (digantikan dengan orang lain). 
5 - Jika dia seorang yang jelas menujukkan kefasiqannya atau bida’ahnya. Contohnya orang yang menunjuk-nunjuk bahawa dia meminum arak atau orang yang terang-terang merampas harta orang ramai, memungut cukai (duit pau dan sebagainya), mengenakan cukai secara zalim atau mengetuai perkara-perkara kejahatan. Maka harus disebutkan kejahatan-kejahatan yang dilakukannya secara terang-terangan itu. Tetapi haram menyebut lain-lain keaiban yang ada padanya melainkan jika ia juga diharuskan dengan sebab-sebab lain yang sebutkan ini. 6 - Untuk dikenali Apabila seseorang yang sudah masyhur dengan gelaran seperti (si pulan) yang tempang, yang tuli, yang buta, yang boleh atau sebagainya, maka harus disebutkan pengenalan mereka tadi. Tetapi haram jika disebutnya dengan niat untuk mencelanya. Dan jika boleh mengenalinya dengan pengenalan lain yang lebih elok, maka itulah yang lebih baik]
#LET'S MUHASABAH DIRI..PECUT MENUJU REDA ILAHI