Saturday 17 October 2015

BURGER DAGING MANUSIA!

Pensil : weyh! Ko tahu tak si pemadam tu kan, semalam aku tengok dia upload pic pakai tudung naelofar ko..

 Sharpener : yeke!mak aih, banyak plak duit dia. Pembaris cakap kat aku, hutang si pemadam tu ngan dia dah 
                  berbulan-bulan kot tak bayor..

.Pensil : Alah...entah- entah tudung naelofar tu pon hutang jugak kot? .. 

*cite sebenar, si pemadam baru je dapat duit kutu minggu lepas dan sume hutang-hutang si pembaris dia dah langsaikan..tudung nealofar plak dia beli cash tu..tak main dah hutang- hutang... watak-watak dalam cite ni takde kena mengena sama ada yang hidup atau yang meninggal dunia..koh koh koh... hah! Penah tak korang-korang buat menda ni? 
                                                           M.E.N.G.U.M.P.A.T!
Tapi istilah orang melayu tak nak mengaku mengumpat..diorang mesti cakap camni " kita bukan nak mengumpat, tapi dah memang cite betol..penah buat tak? baik ngaku cepat..*betol3..errkk..saya mengaku..ekceli takde istilah camtu..namun dalam islam, ade mengumpat yang diharuskan...nak tahu ape dia? Tadi saya mintak tolong ngan cik google..terjumpa la info ni dalam web islam.net kalau tak silap..jom..stdy mengumpat yang diharuskan...zasss

 P/S: ingatkan pada diri, setiap kali nak mengata kat orang...bayangkan kita makan burger daging manusia...erkkk...nauzubillahiminzalik.

 Berkata Imam Nawawi rahimahullah.:
 "Ketahuilah! Sesungguhnya mengumpat ada juga yang dibenarkan kerana tujuan yang benar lagi disyariatkan yang tidak boleh dihasilkan melainkan dengan mengumpat. Ia terdapat pada enam sebab.
 1- Pengaduan penganiayaan. Maka harus bagi orang yang dizalimi untuk mengadukan kezaliman yang dikenakan keatasnya kepada Sultan atau hakim atau sebagainya daripada orang-orang yang berkuasa untuk menyekat kezaliman tadi. Contohnya dia berkata: Si pulan ini telah menzalimiku dengan begini-begini. 
2 - Meminta pertolongan untuk menegur kemungkaran dan menarik si pelaku maksiat kepada kebenaran. Maka harus bagi seseorang menceritakan kepada orang yang diharapnya mampu untuk menghilangkan kemungkaran itu dengan katanya sebagai contoh : Si pulan itu telah buat sekian-sekian, maka kamu laranglah dia. Dan tujuannya menceritakan keburukan itu adalah untuk menghilangkan kemungkaran itu. Tetapi jika tujuannya bukan untuk itu (bahkan untuk memburuk-burukkannya) maka ia adalah haram.
 3 - Bertanya hukum atau cara penyelesaian. Maka harus baginya berkata bagi orang yang ditanyainya itu (sebagai contoh): Ayahku atau abangku atau suamiku atau si pulan telah menzalimiku dengan begini-begini. Adakah haknya berbuat demikian? Dan apakah caranya untuk aku selesaikan masalah ini, atau apakah caranya untuk aku dapatkan hak aku, atau apakah caranya untuk aku sekat kezaliman ini atau sebagainya? Semua ini adalah harus kerana hajat tadi. Tetapi yang lebih baik ialah dengan berkata: Apakah pendapatmu tentang seorang lelaki atau seseorang atau suami (tanpa menyebutkan nama dan menentukan sesiapa) yang berbuat begini-begini? Ini kerana tujuannya untuk bertanya tadi telahpun terhasil sekalipun tidak dinyatakan seseorang yang tertentu. Walau bagaimanapun menyatakan seseorang yang tertentu adalah harus hukumnya. 
4 - Mengingatkan muslim yang lain daripada kejahatan atau menasihatinya. Di sini banyak cabangnya. Antaranya ialah menyatakan kecacatan dan kecelaan yang terdapat pada perawi-perawi hadis atau para saksi. Maka perkara ini adalah harus dengan ijmak kaum muslimin bahkan kekadang menjadi wajib jika perlu. Antaranya juga ialah bila diminta pandangan untuk berbesan (mencari menantu dan pasangan hidup), bersyarikat, memberikan amanah barang-barang, bergaul, berjiran atau sebagainya. Dan wajib bagi orang yang diminta pandangan itu (memberitahu segalanya dan) tidak menyembunyikan hal keadaannya yang sebenar, bahkan dia perlu memberitahu keburukan-keburukan yang ada pada orang itu dengan niat nasihat. Dan ini banyak yang disalah gunakan. Ini kerana ada yang memberitahu kepada orang lain kerana kedengkiannya dan syaitan pula telah mencampur adukkan dan mengkhayalkan dia bahawa ia adalah nasihat. Maka hendaklah kita berhati-hati dengan perkara ini. Dan termasuk dalam bab ini juga ialah seseorang pemimpin yang tidak memimpin dengan baik, samada kerana dia tidak layak atau kerana dia adalah seorang yang fasiq atau seorang yang cuai atau sebagianya. Maka wajib diberitahukan kepada orang atasannya untuk memecatnya dan menggantikannya dengan orang yang lebih sesuai atau supaya orang atasan itu mengetahui keadaannya dan memberikan tindakan yang sewajarnya dan tidak tertipu dengan tindak tanduknya. Juga supaya dia (orang atasan) memberikan dorongan kepada pemimpin itu supaya lebih istiqamah atau akan ditukar (digantikan dengan orang lain). 
5 - Jika dia seorang yang jelas menujukkan kefasiqannya atau bida’ahnya. Contohnya orang yang menunjuk-nunjuk bahawa dia meminum arak atau orang yang terang-terang merampas harta orang ramai, memungut cukai (duit pau dan sebagainya), mengenakan cukai secara zalim atau mengetuai perkara-perkara kejahatan. Maka harus disebutkan kejahatan-kejahatan yang dilakukannya secara terang-terangan itu. Tetapi haram menyebut lain-lain keaiban yang ada padanya melainkan jika ia juga diharuskan dengan sebab-sebab lain yang sebutkan ini. 6 - Untuk dikenali Apabila seseorang yang sudah masyhur dengan gelaran seperti (si pulan) yang tempang, yang tuli, yang buta, yang boleh atau sebagainya, maka harus disebutkan pengenalan mereka tadi. Tetapi haram jika disebutnya dengan niat untuk mencelanya. Dan jika boleh mengenalinya dengan pengenalan lain yang lebih elok, maka itulah yang lebih baik]
#LET'S MUHASABAH DIRI..PECUT MENUJU REDA ILAHI

No comments:

Post a Comment